Duit KWSP Akaun 3 Boleh Dikeluarkan Mulai Hari Ini

Duit KWSP Akaun 3

Duit KWSP Akaun 3 Boleh Dikeluarkan Mulai Hari Ini

Duit KWSP Akaun 3 atau ‘Akaun Fleksibel’ dijangka akan dapat dimulakan pada Mei 2024 dan perincian mengenainya akan diperjelaskan kepada pencarum selepas KWSP mengumumkan agihan dividen pada Februari 2024.

Pengeluaran dari Akaun 3 ini dibenarkan hanya dalam situasi kecemasan dan tertakluk kepada peratusan yang ditetapkan. Kajian sedang dilaksanakan untuk menilai kaedah pengurusan akaun ini supaya impak terhadap pendapatan pencarum adalah minimal.

Duit KWSP Akaun 3

Baca Juga:

Belanjawan 2024 telah mengumumkan bahawa KWSP akan membuka satu lagi akaun baru yang dikenali sebagai Akaun Fleksibel (Akaun 3 KWSP). Ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk mendengar dan menangani keluhan rakyat, menyusuli desakan untuk pengeluaran khas.

Berikut adalah penerangan terperinci tentang cadangan untuk pengeluaran pasca persaraan berkala daripada KWSP, yang boleh dijadikan rujukan.

Apakah Akaun 3 KWSP?

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang untuk memperkenalkan Akaun 3 yang membolehkan pengeluaran simpanan dibuat pada bila-bila masa.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, berkata Akaun 3 yang dicadangkan itu akan berfungsi seperti akaun simpanan dan ahli boleh mengeluarkan simpanan mereka pada bila-bila masa.

Prof Emiritus Dr Barjoyai Bardai dari Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan UniRazak menekankan bahawa dalam mengambil kira perkara berkaitan pengeluaran pencarum, aspek disiplin tidak boleh diabaikan untuk mengelakkan kekerapan pengeluaran yang tidak perlu.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu memastikan mereka mempunyai dana yang mencukupi sekiranya cadangan mewujudkan Akaun ini dengan pengeluaran fleksibel dilaksanakan.

Tujuan Pelaksanaan Akaun 3 KWSP

Pertimbangan terhadap pembentukan Akaun 3 oleh KWSP adalah penting dalam mengatasi isu aliran tunai dan krisis persaraan yang dihadapi.

Setakat ini, seramai 9 peratus ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan pada umur 55. Angka ini meningkat ke sekitar 25 peratus apabila ahli KWSP mencapai umur 75.

Syarat & Kelebihan

Cadangan untuk melaksanakan pengeluaran mandatori bulanan hanya akan dikenakan kepada ahli baharu yang dilahirkan pada atau selepas tahun 2010.

Cadangan memperkenalkan Akaun 3 itu juga adalah untuk memenuhi potensi keperluan tunai kecemasan ahli.

Selain itu, Akaun ini juga bertujuan untuk menarik minat mereka yang dalam sektor tidak formal untuk membuat caruman dengan KWSP.

Walaupun tujuan Akaun ini adalah untuk menangani isu aliran tunai dalam kalangan pekerja sektor tidak formal, ahli sedia ada juga boleh, secara sukarela ikut serta sebaik sahaja akaun itu diwujudkan.

“Ia adalah pilihan semata-mata untuk ahli sedia ada,” kata Nurhisham, Ketua Pegawai Strategi KWSP.

Tambah beliau, mereka yang mendaftar akan dapat memindahkan simpanan mereka dari Akaun 1 atau 2 ke Akaun 3.

Nurhisham menyatakan bahawa Akaun 3 akan berfungsi sebagai dana kecemasan, dan oleh itu, ia mungkin menawarkan dividen yang lebih rendah berbanding dengan dua akaun lain. Dalam usaha untuk menguruskan ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja bercadang untuk memperuntukkan sekitar 3% hingga 5% daripada caruman ke Akaun 3, yang akan dikreditkan secara automatik kepada pencarum.

Buat masa ini, caruman 70% dana dimasukkan ke Akaun 1 manakala baki 30% ke Akaun 2 KWSP.

Untuk rekod, rakyat Malaysia seawal berusia 14 tahun boleh membuka akaun KWSP.

Cara Daftar Akaun 3 KWSP

Selepas tarikh pelaksanaan, ahli mempunyai pilihan untuk memindahkan sebahagian daripada baki simpanan (rujuk soalan 12) dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke Akaun Fleksibel.

Penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan amaun permulaan seperti berikut:

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan RM3,000 dan ke atas dalam Akaun Sejahtera

Baki simpanan dalam Akaun Sejahtera diagihkan mengikut nisbah berikut:

  • i. Sepuluh per tiga puluh (10/30) ke Akaun Fleksibel;
  • ii. Lima belas per tiga puluh (15/30) kekal dalam Akaun Sejahtera; dan
  • iii. Lima per tiga puluh (5/30) ke Akaun Persaraan.

Bagi ahli yang mempunyai baki simpanan kurang daripada RM3,000 dalam Akaun Sejahtera

  • i. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel.
  • ii. Akaun Sejahtera yang mempunyai simpanan melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.
  • iii. Tiada pindahan akan dibuat ke Akaun Persaraan bagi simpanan dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000.

KWSP Akaun 3 : Tarikh

Baki Akaun Sejahtera RM1,000 dan ke bawah:

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:

  • i. KWSP i-Akaun ; atau
  • ii. Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

Tarikh Daftar / Permohonan Pindahan Amaun

Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024.

Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki dalam Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel sedia ada akan kekal.

Manakala, caruman baharu akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Pengeluaran daripada akaun tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat pengeluaran semasa.

Cara Mohon Pengeluaran Duit KWSP Akaun 3

Ahli boleh memohon Pengeluaran Akaun Fleksibel melalui saluran berikut:
i. KWSP i-Akaun; atau
ii. Kaunter KWSP

KWSP Akaun 3 : Tarikh

Kaedah Bayaran Pengeluaran Akaun 3

Bayaran bagi Pengeluaran Akaun 3 Fleksibel KWSP akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Berikut adalah merupakan syarat-syarta yang perlu anda penuhi sebelum melakukan pembayaran pengeluaran fleksibel akaun 3:

  • Akaun bank (simpanan atau semasa) yang masih aktif; dan
  • Akaun bank adalah didaftarkan atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat)

Peringatan:
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank adalah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sebelum membuat permohonan Pengeluaran Akaun Fleksibel.

Duit KWSP Akaun 3 : Tarikh Kelulusan / Bayaran Pengeluaran

Bayaran pengeluaran dari Akaun Fleksibel / Akaun 3 KWSP akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas permohonan diluluskan.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui maklumat terkini tentang pengeluaran ini, sila dapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di: