Tarikh Pembayaran Bantuan Khas COVID-19 Bermula Ogos 2021

Untuk makluman, Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah merupakan bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan sehingga akhir tahun 2021 bagi membantu meringankan beban kos sara hidup dan beban rakyat akibat penularan wabak pandemik Covid-19.

 

JUMLAH BANTUAN BKC

Penerima Miskin Tegar

  1. Isi Rumah : RM1,300
  2. Warga Emas Sebatang Kara : RM500
  3. Bujang : RM500

 

Penerima B40

  1. Isi Rumah : RM800
  2. Warga Emas Sebatang Kara : RM200
  3. Bujang : RM200

 

Penerima M40

  1. Isi Rumah : RM800
  2. Warga Emas Sebatang Kara : RM100
  3. Bujang : RM100

 

 

CARA MEMOHON

Permohonan BKC tidak perlu dibuat kerana penerima yang layak akan ditentukan berdasarkan data sedia ada.

 

Data kategori miskin tegar dan B40 diperolehi daripada permohonan BPR 2021 manakala data M40 adalah daripada data percukaian LHDNM.

 

TARIKH & KAEDAH PEMBAYARAN BKC

 

Kaedah pembayaran bagi kategori miskin tegar dan B40 akan melalui akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021 manakala M40 akan melalui akaun bank yang telah didaftarkan di dalam rekod percukaian.