Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2 Mula Dikreditkan Hari Ini
Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2 yang dijangkakan akan memberi manfaat kepada lebih 700,000 penerima sedia ada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sebanyak RM1200 maksimum selama setahun.
Bantuan yang diperkenalkan ini adalah Sumbangan Asas Rahmah(SARA). Penerima bantuan SARA akan mendapat wang tunai melalui kad pengenalan(IC) dalam tempoh selama setahun.
Menurut Kementerian Kewangan, mulai tahun ini tahun 2024, semua penerima STR akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya kategori miskin tegar yang layak bagi tahun lalu.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – Bantuan Tambahan MySTR
Untuk tahun 2024, Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Untuk makluman SARA adalah bantuan yang diberikan kepada penerima STR yang berkelayakan.
Kadar bantuan SARA juga telah dinaikkan kepada RM1200 berbanding tahun ini RM600.
Melalui inisiatif SARA ini, penerima STR yang layak akan menerima bantuan secara tanpa tunai sebanyak RM100 selama 12 bulan secara automatik dikreditkan ke MyKad masing-masing.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong Terkini SPP 2024 – Ambilan Terbuka April
- Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2
Syarat Kelayakan
Berikut adalah syarat kelayakan bantuan tambahan str:
- Warganegara Malaysia
- Tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 bagi kategori isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Tarikh Bayaran & Penebusan Bantuan Tambahan MySTR
Bagi mereka yang permohonan STR diluluskan dan menepati syarat-syarat kelayakan SARA, mereka akan menerima bantuan ini bermula pada 22 Januari 2024.
Penerima yang layak kemudiannya akan diberikan penerangan berkenaan kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.
Pada ketika ini, terdapat lebih 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
Semakan Status Bantuan Tambahan MySTR Fasa 2
Semakan status kelayakan SARA boleh disemak di Portal Rasmi STR dan mekanisme pelaksaan SARA boleh dirujuk di portal mykasih di sini https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai STR 2024 boleh layari laman web STR di
- Portal Rasmi: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan STR di PlayStore
- Pejabat HASiL: 1-800-88-2747
- MoF: 03-8882 4565 / 4566
- Hadir ke Pejabat HASiL berhampiran
Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Bantuan Tambahan STR?
Bantuan Tambahan STR adalah bantuan SARA yang diberikan kepada penerima STR yang layak dan tersenarai sebagai isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM
Berapakah Jumlah Bantuan SARA?
Kadar bantuan SARA berbeza mengikut kategori kelayakan. Minimum RM150 sehingga maksimum RM1,200
Bilakah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Akan Disalurkan?
Bantuan akan disalurkan secara berperingkat bermula 22 Januari 2024