Pemberian Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Perayaan Tahun 2024

Pemberian Bonus Setengah Bulan

Pemberian Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Perayaan Tahun 2024.

KUCHING: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) optimis kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan kewangan khas sempena Aidilfitri.

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat, berkata walaupun Aidilfitri semakin hampir dan kerajaan belum memberi maklum balas terhadap pemintaan mereka, beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pemberian bantuan khas perayaan sudah menjadi tradisi sejak 10 tahun lalu.

Pemberian Bonus Setengah Bulan

Baca Juga:

Pemberian Bonus Setengah Bulan Gaji Sempena Perayaan

“Beberapa kerajaan negeri sudah mengumumkan bantuan khas perayaan. Antaranya Selangor yang memberi bantuan khas Aidilfitri sebanyak sebulan gaji.

“Selain Selangor, negeri yang sudah mengumumkan bantuan itu ialah Pulau Pinang, Johor dan Perak manakala Sarawak baru sahaja memberi insentif sistem saraan sebanyak RM2,000,” katanya.

Pemberian Bonus Setengah Bulan

Beliau berkata demikian selepas Program Ihya Ramadan Bubur Pedas CUEPACS di Sarawak.

CUEPACS Menghantar Surat Rasmi Kepada Kerajaan

Adnan berkata, CUEPACS sudah menghantar surat rasmi kepada kerajaan berhubung rayuan untuk mendapatkan bantuan khas kepada kakitangan awam Persekutuan itu.

Pemberian Bonus Setengah Bulan

“Dalam surat itu kita merayu kepada kerajaan supaya mengambil maklum sebagaimana pelaksanaan pemberian bonus di negeri-negeri.

“Tetapi kakitangan awam Persekutuan tidak menerima bonus tahun ini seperti yang diterima kakitangan awam negeri, sebaliknya kita diberi bayaran insentif awal sistem saraan sebanyak RM2,000.

“Jadi, untuk perayaan Aidilfitri ini kita meminta sekurang-kurangnya kerajaan mempertimbang setengah bulan gaji,” katanya.

SUMBER: Berita Harian