STR 2024 : Bayaran STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Hari Ini
Bayaran STR 2024 fasa 1 sudah mula dibayar semalam. Walaupun dijangkakan pengkreditan bermula 29 Januari, namun bayaran fasa 1 STR 2024 sebanyak RM500 telah dimasukkan ke dalam akaun BSN bagi ramai penerima.
Portal iKerajaan kongsikan maklumat terkini STR 2024.
STR 2024 Fasa 1 Sudah Mula Dibayar
Bermula pada 26 Januari ini, penerima Sumbangan Tunai Rahmah bank BSN mula menerima bayaran STR 2024 fasa 1.
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah 2024 fasa 1 ini mula dikreditkan secara berperingkat-peringkat mengikut tempat negeri masing-masing.
Walaupun status STR masih dalam proses, namun penerima STR bank BSN sudah mula menerima bayaran fasa 1 ke dalam akaun bank.
Bagaimana pula dengan bank lain seperti CIMB, Maybank, Bank Islam dan sebagainya?
Diharapkan agar penerima fasa 1 bank-bank yang lain dapat menunggu secara sabar dan menanti bayaran 29 Januari 2024 ini.
Baca Juga:
- Jawatan Kosong : PETRONAS Ambilan Februari 2024
- STR Fasa 1 : Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa 1 Dikreditkan
Semakan Status Lulus STR Fasa 1 2024
- Layari laman web bantuantunai.hasil.gov.my
- Klik login MySTR
- Masukkan no Mykad
- Sahkan kata laluan selamat
- Masukkan password
- Semak status
- Permohonan status dipaparkan
Cara Mohon
Cara mohon STR 2024 ialah:
- Layari laman web bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan permohonan STR 2024
- Isi maklumat
- Sahkan maklumat
- Hantar permohonan STR 2024
- Selesai
Tarikh Bayaran
STR fasa 1 2024 mula dikreditkan pada 29 Januari 2024
Tarikh Permohonana STR 2024
Permohonan STR 2024 boleh dilakukan sepanjang tahun 2024.