Jadual & Masa Bayaran STR Fasa 4 Dikreditkan Mengikut Bank

Jadual & Masa Bayaran

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Jadual & Masa Bayaran STR Fasa 4 – Berita baik bagi seluruh rakyat Malaysia kerana bayaran bantuan STR Fasa 4 akan mula diagihkan pada 7 November 2023 ini.

Sebagai sebahagian daripada konsep Payung Rahmah, Bantuan STR Fasa 4 ditubuhkan untuk memberi sokongan kepada mereka yang mengalami kesukaran dalam menampung perbelanjaan harian.

Kerajaan juga akan memberi bantuan STR tambahan RM600 kepada isi rumah termiskin mengikut data e-Kasih.

Bayaran STR Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 telah diagihkan pada 17 Januari, 5 April, dan 26 Jun 2023.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.

PENERIMA BANTUAN STR FASA 4

Penerima Bayaran Fasa 4 ialah mereka yang menerima Fasa 1 dan telah disahkan tidak meninggal dunia atau pasangannya tidak meninggal dunia sehingga 28 Februari, menurut LHDN.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 4 kepada penerima STR yang layak.

Baca Juga:

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 4 TELAH MULA DIKREDITKAN

Menurut Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat bermula pada 7 NOVEMBER 2023.

Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak. Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara penebusan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.

Jadual & Masa Bayaran

BANTUAN STR FASA 4 : JADUAL & JUMLAH BAYARAN

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi Sumbangan Tunai Rahmah Fasa Empat.

Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah

Jadual & Masa Bayaran

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000

SEMAKAN STATUS & TARIKH BAYARAN STR FASA 4

Jadual & Masa Bayaran

KATEGORI KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYSTR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

JADUAL & MASA BAYARAN STR FASA 4

Jadual & Masa Bayaran

MAKLUMAT LANJUT JADUAL & MASA BAYARAN STR FASA 4

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan),

ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/