Belanjawan 2024 : Bayaran Awal RM2,000 Untuk Rakyat Malaysia

Belanjawan 2024 : Bayaran Awal

Belanjawan 2024 : Bayaran Awal – Antara pengumuman yang ditunggu-tunggu dalam Belanjawan 2024 hari ini tentunya adalah berkaitan kenaikan gaji untuk penjawat awam.

Ini kerana, sebelum ini media telah melaporkan bahawa Perdana Menteri pernah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menaikkan gaji penjawat awam dalam amaun yang kecil buat sementara waktu menerusi Belanjawan Madani 2024

sebelum kenaikan berkala bagi setiap 10 tahun diselesaikan selewat-lewatnya tahun depan.

Berikut dikongsikan update terkini dan perkhabaran tentang berita ini menerusi laporan media sebelum ini serta LIVE UPDATE Belanjawan 2024.

BELANJAWAN 2024 : ISU KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kenaikan gaji penjawat awam sepatutnya telah naik sejak dua tahun lalu,

namun tidak dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Jelasnya, mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini mengesahkan tidak ada sebarang langkah dibuat kerajaan terdahulu untuk melihat perkara tersebut termasuk mengadakan mesyuarat berkaitan perkara itu.

Belanjawan 2024 : Bayaran Awal

“Jadi bila kita adakan mesyuarat dan bila saya semak dengan JPA saya kata kenapa tidak ada mesyuarat lagi? Dia kata takda. Pada hal gaji penjawat awam ini tiap 10 tahun ikut keupayaan kita, kalau kita boleh naik sikit kena naik sebab inflasi tu naik juga sikit,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Geopark Discovery Centre, Langkawi pada 11 Ogos 2023.

Untuk rekod, kali terakhir kadar gaji penjawat awam dinaikkan adalah pada tahun 2013 iaitu 10 tahun lalu yang melibatkan pemberian kepada semua penjawat awam

faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) mulai 1 Julai 2013, melibatkan kenaikan antara RM80 hingga RM320.

Kerajaan sewajarnya bersedia untuk menaikkan gaji penjawat awam

dengan pelaksanaan kenaikan kadar gaji 8 peratus bagi gred 40 dan ke bawah dan 5 peratus bagi gred 41 hingga gred 54.

Kadar minimum kenaikan kadar gaji yang ditetapkan adalah sebanyak RM200. Perubahan kadar gaji ini juga akan turut melibatkan penyelarasan pencen pesara yang akan menikmati pencen bulanan yang lebih baik.

Belanjawan 2024 : Bayaran Awal

Baca Juga:

BELANJAWAN 2024 : BAYARAN AWAL RM2,000 UNTUK PENJAWAT AWAM

Belanjawan 2024: Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal RM2,000, dibayar akhir Februari 2024.

Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam

dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

TARIKH BAYARAN AWAL PENJAWAT AWAM 2024

Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

CADANGAN CUEPACS – KENAIKAN RM300 BONUS MINIMUM SATU BULAN SETENGAH

Antara cadangan CUEPACS ialah menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300, bonus minimum satu bulan setengah yang kali terakhir diterima pada 2012 dan selepas itu hanya diberikan bantuan khas kewangan.

Diskaun sekurang-kurangnya 30 peratus bagi pembayaran cukai pendapatan kepada semua penjawat awam

dan meningkatkan jumlah pengiraan pencen kepada jumlah tahun perkhidmatan hingga 35 tahun bagi memaksimumkan pencen bakal diterima penjawat awam.

Belanjawan 2024 : Bayaran Awal

Ini antara permohonan sangat wajar bagi membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup semasa.

Diharap Perdana Menteri juga dapat mengambil peluang ketika pembentangan belanjawan untuk menoktahkan polemik cadangan pemansuhan pencen penjawat awam

Sama ada membabitkan penjawat awam sedia ada mahupun baru dilantik. Kerajaan perlu mengumumkan secara terbuka pendirian dan keputusan terhadap isu ini.

Ini penting kerana masyarakat dan ahli politik hangat membahaskan isu ini hingga menimbulkan keresahan serta ketidakselesaan penjawat awam.

Skim pencen menjadi keistimewaan penjawat awam di negara ini tidak wajar dilihat sebagai bebanan kepada kerajaan, justeru tidak wajar dipertikaikan apatah lagi dicadang untuk dimansuhkan.

Semoga Belanjawan Madani 2024 menjadi peristiwa penting mengiktiraf sumbangan dan menyantuni harapan semua penjawat awam

Dengan menyediakan buah tangan sewajarnya sebagai suntikan semangat dan motivasi untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

SUMBER : BERITA HARIAN