WhatsApp Tidak Dapat Digunakan Untuk iOS & Android Oktober Ini

WhatsApp Tidak Dapat Digunakan

WhatsApp Tidak Dapat Digunakan Bermula 24 Oktober

WhatsApp Tidak Dapat Digunakan – Whatsapp memaklumkan bahawa bermula 24 Oktober 2023, hanya OS Android versi 5.0 dan ke atas dan iOS 12 atau lebih baharu sahaja akan disokong platform sembang sosial ini.

Termasuklah juga iOS 2.5.0 dan lebih baharu, JioPhone dan JioPhone 2.

WhatsApp menyatakan sehingga kini, mereka masih menyokong telefon Android yang menggunakan OS 4.1. Kepada pengguna iOS pula, Whatsapp menyarankan penggunaan versi terkini yang tersedia.

WhatsApp Tidak Dapat Digunakan

Baca Juga:

Menurut pihak WhatsApp, mereka sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini.

Dan oleh sebab itu kami juga berhenti menyokong sistem operasi lama secara berkala agar kami dapat menumpukan sumber kami kepada sistem operasi yang lebih baru. 

WhatsApp Tidak Dapat Digunakan, Perlu Menaik Taraf Peranti

Jika telefon pintar anda sudah tidak menyokong WhatsApp, anda akan dimaklumkan dan diingatkan beberapa kali.

Tujuan ini adalah untuk meminta anda menaik taraf peranti anda bagi terus menggunakan perkhidmatan Whatsapp.

Oleh itu, jika anda masih menggunakan model-model telefon pintar yang menjalankan sistem operasi terdahulu, sudah tiba masanya untuk anda memiliki model telefon pintar baharu yang menjalankan sistem operasi terkini.

Perkara Ini Dilakukan Kerana Sokongan Terkini

Perkara ini adalah salah satu perkara yang biasa dilakukan pembangun aplikasi – dalam memastikan aplikasi mereka hadir dengan sokongan sekuriti terkini, dan menyertakan pelbagai teknologi moden terbaru.

WhatsApp pada hari ini menyokong versi Android 4.1 dan terkini, dan perkara ini akan berubah bermula minggu hadapan. Untuk makluman, versi terbaru Android adalah Android 14.

SUMBER : AMANZ