Pencarum Boleh Keluarkan Simpanan KWSP Sebelum Aidilfitri
Pencarum Boleh Keluarkan Wang Simpanan KWSP. PARLIMEN : Lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, (KWSP) layak mendapat manfaat Fasiliti Sokongan Akaun 2.
Hal ini adalah untuk membuat pinjaman sebanyak RM3,000 hingga RM50,000 daripada institusi perbankan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam teks ucapannya di Dewan Negara memaklumkan bagi tujuan program ini, fasiliti pembiayaan patuh Syariah juga disediakan oleh institusi perbankan dan ia tidak melibatkan sebarang unsur-unsur riba.
Pencarum Boleh Keluarkan Wang KWSP & 4 Juta Bakal Mendapat Manfaat
Fasiliti ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak. Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka di antara 4% hingga 5% setahun. Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8% hingga 15%.
Baca Juga:
- STR Fasa 4 : Jadual & Tarikh Bayaran Dikreditkan
- Pencarum KWSP Boleh Keluarkan RM10,000 Untuk Keperluan
Pencarum KWSP Boleh Mengeluarkan RM3,000 – RM50,000
Manakala, jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum sebanyak RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.
Dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank. Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.
Jelasnya lagi, setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10 ribu dan ke bawah. Maka sebab itu penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar punyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.
Rakyat Melakukan Pengeluaran Kerana Keperluan Mendesak
Pengeluaran sewaktu Pandemik yang dibuat sebelum ini memang untuk keperluan mendesak, dan kita semua faham. Kini, tidak wajar untuk masih membenarkan pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat. Negara seperti Australia, Peru dan Chile yang membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada 2020 dan 2021, sudah tidak lagi diteruskan tahun lalu.
SUMBER : BuletinTV3