Bantuan RM100 Telah Dikreditkan Ke Dalam MyKad Secara Berperingkat

Bantuan RM100 MyKad

Bantuan RM100 Mykad – Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih, iaitu sejenis inisiatif cashless (Sistem MyKasih) menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah, dan Program Bantuan KASIH JOHOR juga telah dilaksanakan bagi rakyat di negeri Johor.

Terkini, difahamkan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) iaitu bantuan tambahan STR akan disalurkan melalui program MyKasih bagi penerima yang layak.

Tahukah anda apakah itu sistem MyKasih, cara mendaftar / memohon dan bagaimana ia berfungsi?

Di sini kami kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.

Apakah MyKasih Foundation?

Organisasi ini merupakan badan NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.

Yayasan MyKasih disokong penuh oleh Penderma Korporat serta individu, yang meyakini bahawa seratus peratus sumbangan mereka disalurkan kepada penerima yang disasarkan dengan cara yang selamat, cekap dan telus.

Bagaimanakah Bantuan RM100 MyKad Dilaksana?

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh Penderma, setiap keluarga akan memilih seorang penerima bantuan ini dalam kalangan ahli keluarga, dan butiran akaun MyKad mereka akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan akan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad mereka di kedai runcit yang terpilih dalam program ini.

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

Bantuan RM100 MyKad

Baca Juga:

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan RM100 MyKad

Pemohon layak menerima Sumbangan Asas Rahmah sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :

i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

ii. Warga Emas Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat ; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Bantuan RM100 MyKad

Kerajaan akan memberi sumbangan STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Semakan Kelayakan

Bagi yang tidak pasti sama ada anda tersenarai dalam MyKasih, sila semak pendaftaran di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/

Jika anda ingin membuat semakan, sila rujuk langkah-langkah pada pautan di bawah ;

  • Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  • Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  • Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  • Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  • Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Maklumat Lanjut

Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.