Bayaran Tambahan STR Fasa 3 RM600 Mula Dikreditkan Hari Ini
PEMBERIAN STR TAMBAHAN @ SUMBANGAN ASAS RAHMAH BAGI KATEGORI YANG LAYAK
Bayaran Tambahan STR Fasa 3 — Terdapat beberapa penambahbaikan yang dapat dilihat dalam Belanjawan Madani 2023 menerusi STR maksimum sehingga RM3,100 sementara Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) berjumlah RM2,500.
Penambahbaikan ini melibatkan perincian, isi rumah, lima anak atau tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu untuk miskin tegar, serta tambahan RM600 berbanding peruntukan awal.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah Tambahan serta kategori penerima yang layak.
Baca Juga:
- Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4
- Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300 – Cara Mohon & Semak Status
Apakah STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
STR adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
i. Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
ii. Warga Emas Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
iii. Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.
Kerajaan akan memberi sumbangan STR TAMBAHAN @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.
Kategori Yang Layak Menerima STR Tambahan @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Kadar tambahan STR berjumlah RM600 dikhususkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.
Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:
- penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
- mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
Semakan Kelayakan Bantuan Tambahan STR 2023
Bagi yang tidak pasti sama ada anda tersenarai dalam eKasih, sila semak pendaftaran di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/
Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran Bantuan Tambahan STR Fasa 3
Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diagihkan melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih (maklumat mekanisme terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa).
Tarikh & Jadual Bayaran Tambahan STR Fasa 3
Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula bulan Julai hingga Disember 2023.
Sila rujuk jadual berikut :
- SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
- SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
- SARA 3 – September 2023 (RM100)
- SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
- SARA 5 – November 2023 (RM100)
- SARA 6 – Disember 2023 (RM100)
Maklumat Lanjut Bayaran Tambahan STR Fasa 3
Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.