e-Tunai Belia Rahmah : Tarikh, Senarai IPT & Cara Tebus RM200
Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bayaran e-Tunai Belia Rahmah akan mula dikreditkan pada minggu ke-3 Jun 2023.
Khabar gembira itu diumumkan beliau ketika sesi soal jawab bersama Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa. Terdahulu, beliau turut mengumumkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3) diawalkan sebelum Aidiladha.
Penebusan RM200 kredit e-Tunai Belia Rahmah boleh dilakukan oleh belia dan mahasiswa IPT melalui aplikasi e-dompet yang berdaftar dan terlibat dalam penyaluran bantuan berkenaan.
Berikut dikongsikan maklumat penuh e-Tunai Belia Rahmah.
Tarikh Bayaran e-Tunai Belia Rahmah
Bayaran bantuan ini boleh mula ditebus pada Minggu ke-3 Jun 2023 iaitu pada 26 Jun 2023.
Hal ini diumumkan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim selepas memaklumkan Perbendaharaan untuk menyalurkan bayaran pada kadar segera.
Saiz penerima kali ini juga adalah lebih besar dan diperluas berbanding sebelum ini yang hanya terhad kepada remaja 18-20 tahun. Merujuk kenyataan YAB Perdana Menteri, pengkreditan bayaran akan mula dilaksanakan Jun ini.
Kredit e-dompet boleh digunakan untuk membuat pembelian di kedai yang mengambil bahagian dalam program ini, termasuk kedai dalam talian dan kedai fizikal.
Baca Juga:
- STR Fasa 3 : Tarikh Bayaran & Semakan Status Mengikut Bank
- Jadual Bantuan STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank Penerima
Senarai IPT Menerima e-Tunai Belia Rahmah
Merujuk kepada Kementerian Kewangan, inisiatif e-Tunai ini adalah untuk Rakyat Malaysia berumur 18 – 20 tahun. Program bantuan ini juga telah diperluas kepada semua mahasiswa di Malaysia.
Berikut adalah senarai Institut Pengajian Tinggi yang layak untuk menerima bantuan ini:
- Kolej Komuniti
- Politeknik
- Universiti Awam (UA) /Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
- Pelajar institusi pendidikan setaraf Tingkatan 6
- Senior Middle 3
- Sijil Tinggi Agama (STAM)
- Diploma Kolej Vokasional
- Diploma dan setaraf dengan TVET
- Pengajian Asasi / Asasi A-Level
- Diploma Baccalaureate Antarabangsa
- Diploma Matrikulasi Australia (AUSMAT).
- Diploma Lanjutan
- Sarjana Muda dan setaraf
- Sarjana dan setaraf
- Doktor Falsafah dan setaraf dengannya
- Kursus profesional di peringkat diploma dan ke atas, yang diiktiraf oleh Kerajaan atau Badan Profesional di Malaysia
Cara Tebus Kredit e-Tunai Belia Rahmah
Untuk menuntut kredit bantuan ini, anda perlu memuat turun salah satu daripada aplikasi e-dompet berikut:
- BigPay
- ShopeePay
- Boost
- Touch N Go eWallet
- GrabPay
Sebaik sahaja anda telah memuat turun aplikasi, anda perlu membuat akaun dan mengesahkan identiti anda. Setelah akaun anda disahkan, anda boleh mengikuti langkah berikut untuk membuat tuntutan/ claim:
- Buka aplikasi e-Wallet
- Pilih bahagian “e-Tunai Belia Rahmah”
- Masukkan No. Kad Pengenalan
- Klik butang “Tebus/ Claim”
- Anda akan menerima mesej pengesahan setelah proses kredit berjaya
Maklumat Lanjut
Sebarang informasi terkini akan dihebahkan melalui laman web rasmi Kementerian Kewangan https://www.mof.gov.my/portal/ms/. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan