Jadual Bantuan STR Fasa 3 Dikreditkan Mengikut Bank Penerima

Jadual Bantuan STR

JADUAL BANTUAN STR FASA 3

Jadual Bantuan STR Fasa 3. Penerima bantuan STR Fasa 3 yang menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) akan menerima bayaran lebih awal dan diikuti dengan penerima institusi perbankan lain.

LHDN memaklumkan bahawa Penerima Bayaran Fasa 3 adalah merujuk kepada penerima Fasa 1 & 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan sehingga 28 Februari.

Ini bermaksud, permohonan baharu dan kemaskini STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2, bayaran akan dilakukan pada Fasa 3 kepada penerima STR yang layak.

Baca Juga:

KATEGORI & AMAUN BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah jumlah pembayaran bagi STR Fasa 3 :

Jadual Bantuan STR

Jadual Bantuan STR

Jadual Bantuan STR

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Pengumuman berkenaan bayaran Fasa 3 akan diumumkan secara berperingkat oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Manakala jangkaan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-3 adalah pada awal bulan Julai 2023.

JADUAL BANTUAN STR FASA 3 DIKREDITKAN (MENGIKUT BANK)

Jadual Bantuan STR

SEMAKAN STATUS STR

KATEGORI KELAYAKAN STR

Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 1 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

MAKLUMAT LANJUT JADUAL BANTUAN STR

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari Portal Rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Soalan Lazim

Siapakah yang layak menerima STR?

Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:

Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Warga Emas Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak
mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Bagaimanakah kaedah bayaran STR dilaksanakan?

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

Kredit ke Akaun Bank

  • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat.

Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:

  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit