Pengeluaran Sebahagian Wang KWSP Kini Dibenarkan

Pengeluaran Sebahagian Wang KWSP

Pengeluaran sebahagian wang KWSP yang dibenarkan pada tahun ini untuk ahli, terdapat beberapa jenis pengeluaran yang dibenarkan selagi menepati terma dan syarat kelayakan. Untuk sedia maklum, pengeluaran khas KWSP 2.0 tidak diluluskan namun terdapat jenis pengeluaran yang dibenarkan pada tahun ini untuk pencarum.

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG KWSP

Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menawarkan kemudahan pengeluaran yang boleh dilakukan asalkan pencarum mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Antara kemudahan yang disediakan adalah pengeluaran sebahagian KWSP melalui i-akaun untuk tujuan peribadi tersedia. Senarai jenis pengeluaran yang dibenarkan dan kriteria kelayakan adalah seperti di bawah.

Pengeluaran Sebahagian Wang KWSP

Baca Juga:

PENGELUARAN SEBAHAGIAN KWSP UNTUK MEMBINA RUMAH

  • Ahli KWSP
  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Umur belum mencapai 50 tahun
  • Pencarum harus mempunyai baki simpanan akaun 2 KWSP sekurang-kurangnya RM500
  • Ahli yang ingin membina rumah diatas tapak tanah sendiri

MENCAPAI UMUR 50 TAHUN

  • Ahli KWSP
  • Warganegara dan bukan warganegara Malaysia
  • Berumur 50 hingga 55 tahun
  • Memiliki simpanan wang KWSP

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Pencarum telah dipilih untuk melakukan ibadah haji oleh pihak LTH (Lembaga Tabung Haji)
  • Berumur 55 tahun kebawah

SIMPANAN MELEBIHI SATU JUTA

  • Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  • Berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Ahli KWSP perlu mempunyai simpanan baki melebihi satu (1) juta dalam akaun KWSP

PENGELUARAN SEBAHAGIAN WANG KWSP UNTUK KESIHATAN

  • Warganegara dan bukan warganegara
  • Ahli berumur 55 tahun dan ke bawah
  • Mempunyai baki simpanan di dalam akaun 2 KWSP
  • Kos perubatan tidak dibiayai sepenuhnya oleh majikan – keperluan tambahan
  • Pemohon tidak menerima rawatan alternatif

PANDUAN PERMOHONAN PENGELUARAN

Kepada ahli yang ingin membuat permohonan pengeluaran melalui akaun 2. Panduan permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

Syarat dan cara permohonan telah disediakan di portal rasmi KWSP diatas bagi memudahkan ahli untuk melakukan proses permohonan.