RASMI : Permohonan e-Pengeluaran KWSP Tahun 2023
e-Pengeluaran KWSP. Tahukah ada, terdapat banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
e-Pengeluaran KWSP : Panduan & Syarat Permohonan
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Tujuan e-Pengeluaran KWSP
Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut;
- Pengeluaran untuk membeli rumah
- Pengeluaran untuk membina rumah
- Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
- Rawatan perubatan
- Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
- Pengeluran untuk pendidikan
Baca Juga:
- e-Kasih 2023 : Permohonan Baucar Bantuan RM600 STR
- Bantuan Kewangan RM250 Untuk Satu Keluarga Bermula Mei Ini
Syarat Kelayakan
Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:
- Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP
Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online
Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran. Rujuk cara membuat pengeluaran – DI SINI
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my