Semakan Status & Kemaskini Maklumat STR Fasa 3
Semakan Status STR Fasa 3. Kerajaan Perpaduan menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas. Selaras dengan itu, Kerajaan telah memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada insitiatif-initiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Maka dengan itu, bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kan terus di tambah baik.
Kategori Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
Berikut dikongsikan senarai penerima untuk pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah:
STR Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran
Untuk pengetahuan umum, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pembayaran STR fasa 2 secara kredit terus dan tebus tunai di cawangan BSN.
Manakala, tarikh bayaran STR Fasa 3 akan bermula pada JULAI 2023.
Baca Juga:
- Bantuan Tambahan Raya RM600 Untuk Rakyat Dikreditkan Hari Ini
- Bantuan Khas Aidilfitri RM480 Untuk Rakyat Malaysia
Jumlah Bayaran & Semakan Status STR Fasa 3
Berikut adalah jumlah bayaran STR mengikut setiap kategori:
Isi Rumah Tiada Had Umur
Pendapatan < RM2,500
- Tiada Anak: RM300
- 1 – 2 Anak: RM400
- 3 – 4 Anak: RM600
- > 5 Anak: RM800
Pendapatan RM2,501 – RM5,000
- Tiada Anak: 0
- 1 – 2 Anak: RM150
- 3 – 4 Anak: RM200
- > 5 Anak: RM250
Bujang
- Warga Emas Sebatang Kara > 60 Tahun: RM200
- Bujang 21 – 59 Tahun: RM150
- Bujang OKU 19 – 59 Tahun: RM150
Proses Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah
- Ada Akaun – Pengkreditan ke akaun secara berperingkat
- Tiada Akauan – Penuanian di cawangan BSN
Semakan Status Bantuan STR Fasa 3
Semakan status STR boleh dibuat menerusi laman web STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
Sumbangan Tunai Rahmah
Dalam pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak
Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima Sumbangan Tunai Rahmah termiskin mengikut data e-Kasih
Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga barangan makanan asas bernilai RM600
Ini bermakna keluarga dalam kumpulan miskin tegar layak menerima sumbangan sehingga maksimum RM3,100
Maklumat Lanjut (Semakan Status)
Maklumat lanjut mengenai pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah, sila layari laman web https://bantuantunai.hasil.gov.my/