Pengeluaran KWSP Diluluskan Sebelum Aidilfitri Bagi Yang Layak
Pengeluaran KWSP Diluluskan. Pemuda UMNO mendakwa menerima banyak permintaan daripada orang ramai supaya menyuarakan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) secara bersasar.
Tetapi tahukah ada banyak jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.
Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran wang KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.
Pengeluaran Khas Wang KWSP Bersasar Akaun 2
Berikut anda boleh semak butiran termasuk jenis pengeluaran, borang permohonan, cara memohon duit pengeluaran wang KWSP akaun 2 untuk peribadi 2023
1) Pembayaran Ibadah Haji
Untuk mengurangkan bebanan anda menunaikan haji, duit daripada akaun anda boleh dikeluarkan dengan membuat permohonan pengeluaran KWSP i-Akaun untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
2) Pembayaran Rawatan Perubatan
Jika anda menghadapi masalah melibatkan masalah kesihatan dan 36 penyakit kritikal, anda boleh melakukan pengeluaran pada akaun 2 bagi menampung kos perubatan dan pembelian alat kesihatan.
Baca Juga:
- Bantuan Tambahan RM1,000 Mula Dikreditkan Hari Ini
- Bayaran Fasa 2 Sebanyak RM300 Dikreditkan Mac Ini
3) Pengeluaran KWSP Diluluskan Untuk Pembelian Rumah
Pihak KWSP memberi kemudahan untuk membantu ahlinya memiliki rumah pertama sendiri.
Sama ada melalui pembinaan rumah sendiri, membeli rumah subsale, rumah lelong, atau beli melalui Permohonan Rumah Mesra Rakyat 2022.
4) Pengeluaran KWSP Diluluskan Untuk Pendidikan
Bagi yang ingin menyambung pengajian ke peringkat pengajian tinggi perlu membayar yuran yang mahal untuk menikmati kemudahan Universiti.
KWSP memberikan pilihan dan kemudahan pengeluaran EPF untuk anda menampung pengajian anak anda jika kemudahan Pinjaman PTPTN tidak mencukupi.
Semoga dengan pengeluaran yang dibenarkan ini dapat membantu serba sedikit rakyat Malaysia yang sangat memerlukan.