Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP Bersasar Dengan Bersyarat – Ismail Sabri
Benarkan Pengeluaran KWSP. KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu membenarkan pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) secara bersasar dengan syarat-syarat tertentu.
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, pengeluaran secara bersasar hanya melibatkan jumlah yang kecil berbanding aset keseluruhan di bawah pengurusan KWSP.
Yang mana ianya mencecah hampir RM1 trilion.
Benarkan Pengeluaran KWSP Untuk Pencarum Terjejas
“Sebelum ini, Kerajaan telah membenarkan empat pengeluaran KWSP iaitu i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas KWSP berjumlah RM145 bilion, melibatkan 8.1 juta pencarum sejak pandemik Covid-19 melanda negara.
Baca Juga:
- Bayaran Bantuan E-Wallet RM200 Dikreditkan Februari Ini
- Semakan Status & Kemaskini Maklumat STR Fasa 2
“Saya berharap KWSP tidak terlalu mementingkan pelaburan untuk mendapatkan pulangan yang besar semata-mata, sedangkan pencarum pada hari ini hidup merana,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, benarkan pengeluaran KWSP kerana masih ramai rakyat yang terdesak.
Kerajaan Wajar Memahami Kesulitan Rakyat
Meskipun KWSP merupakan simpanan hari tua namun Ismail Sabri berkata, kerajaan wajar memahami kesulitan yang dialami rakyat khususnya yang bergelut dengan hutang.
“Baru-baru ini, Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) telah bertemu saya. Ada di antaranya telah muflis kerana tidak mampu untuk membayar hutang,” tambah Ismail.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang mencari alternatif untuk membantu rakyat.
Yang mana ianya tanpa perlu membenarkan pengeluaran KWSP.
SUMBER: MalaysiaGazette