Tarikh Pembayaran Bantuan RM200 Untuk Golongan Bujang Seluruh Malaysia

Bantuan e-Dompet

Bantuan e-Dompet. Berita baik buat mereka yang berumur 18 hingga 20 tahun. Ini kerana kerajaan menyediakan bantuan kewangan buat anda yang mana ianya berjumlah sebanyak RM200.

Bantuan RM200 ini akan terus diberikan kepada penerima, namun ianya dalam bentuk penebusan e-wallet pada aplikasi seperti;

  • Grabpay
  • Shopeepay
  • Tng eWallet
  • Bigpay

Bantuan e-Dompet

Cara Penebusan Kredit

Kredit ini boleh ditebus melalui apps yang tertera di atas. Ianya dibawah program yang dikenali sebagai ePemula. Di mana penerima akan menerima duit dalam bentuk ewallet. Kemudian anda boleh menggunakan ianya untuk membuat pembelian lain yang anda kehendaki.

Semak sentiasa aplikasi yang akan anda gunakan untuk membuat penebusan. Ini kerana, penebusan boleh dibuat sekali sahaja untuk mana-mana aplikasi.

Jika anda telah membuat penebusan pada ShopeePay, maka tiada penebusan kredit lagi yang boleh dibuat pada aplikasi yang lain. Begitu juga, sebagai contoh anda telah mendapat kredit daripada TnG maka tiada penebusan lain boleh dibuat pada Apps Shopeepay, grabpay,ataupun bigpay.

Oleh itu, buatlah pilihan sendiri sama ada hendak menggunakan aplikasi yang mana.

Baca Juga:

Apakah itu eWallet (Bantuan e-Dompet RM200)

E-Wallet adalah aplikasi pengurusan wang yang selamat yang dibuat secara online. Ianya boleh digunakan untuk membeli barangan runcit, memindahkan wang atau menerima wang. Pengguna boleh ‘link; e wallet masin-masing dengan bank akaun sendiri.

Syarat Mendapat Kredit e-Dompet RM200

Syarat utama untuk menerima kredit ini adalah anda haruslah;

  • Berumur 18-20 tahun.

Jika anda berumur 21 tahun ke atas, anda perlulah seorang pelajar yang belajar sepenuh masa. Ini kerana anda akan tetap menerima bantuan RM200 ini daripada kerajaan.

Tarikh Pembayaran Bantuan e-Dompet RM200

Setakat ini masih belum ada tarikh pembayaran tunai bilakah ePemula ini akan dibayar kepada penerima. Namun, ianya akan dibayar pada tahun 2023 ini.

SUMBER : Astro Awani