Pengeluaran KWSP 2023 Bakal Dibenarkan Oleh Kerajaan
Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah langkah yang lebih baik untuk dilaksanakan kerana ia akan memberi tumpuan kepada mereka yang paling memerlukan.
Penganalisis ekonomi dari Sekolah Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, suntikan tunai pengeluaran KWSP pastinya akan dibelanjakan untuk menjana ekonomi domestik.
Katanya, pengeluaran disasarkan bukan sahaja kepada kumpulan B40 tetapi juga kepada kumpulan M40 iaitu kepada sesiapa yang memerlukannya dalam tempoh singkat ini dan masih belum pulih sepenuhnya daripada penularan wabak Covid-19. Sekiranya terdapat keperluan yang mendesak maka pengeluaran ini boleh dipertimbangkan mengikut keperluan pencarum.
Masalahnya, ramai pencarum mempunyai baki simpanan yang rendah apabila pengeluaran khas terakhir dibenarkan, sepintas lalu pada pengeluaran kali ini mungkin hanya memenuhi sebahagian kecil keperluan pencarum dengan baki positif.
Baki Akaun 1 Penyumbang Mencukupi, Ada Harapan Untuk Pengeluaran Sasaran
Kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berniat untuk mengeluarkan semula akaun secara bersasar, sebenarnya mempunyai baki akaun yang mencukupi untuk dikeluarkan.
Ia berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM), mereka mendapati 79.6% daripada 136,137 pencarum KWSP mempunyai baki Akaun 1 melebihi RM10,000, manakala bakinya kurang daripada RM10,000.
Baca Juga:
- TERKINI : Bantuan Tunai RM150 Untuk Rakyat Malaysia Dikreditkan
- Tarikh & Jumlah Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 Diumumkan
Menurut Presidennya, Azmi Mohd Tahir, kajian itu dijalankan selama 12 hari bermula 20 Disember lalu.
Ianya adalah untuk menyediakan data sokongan tambahan bagi tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar.
Daripada tinjauan ini, ternyata pencarum KWSP yang sangat memerlukan pengeluaran KWSP 2.0 yang disasarkan ini, mempunyai baki yang mencukupi.
PGIRM Membawa Suara Rakyat Malaysia Tentang Pengeluaran KWSP
Sebelum ini, PGIRM dilaporkan membawa suara 270,000 pencarum yang meminta kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP 2.0 mengikut sasaran.
Permohonan daripada pencarum diterima melalui borang dalam talian dari Julai hingga November lalu.
Antara puncanya ialah tekanan hidup susah akibat inflasi, pengurangan pendapatan yang tidak seimbang dan tunggakan hutang selepas pandemik COVID-19.
Azmi seterusnya berkata, laporan Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur pada Januari 2023.
Yang mana ianya sudah pasti memberi kesan lebih buruk kepada rakyat.
Kerajaan Pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim Prihatin Terhadap Rakyat
PGIRM percaya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar dan prihatin terhadap suara dan kesusahan rakyat.
Katanya, KWSP sebenarnya adalah simpanan untuk hari tua.
Namun, kemelut akibat pandemik Covid-19 menyebabkan ramai orang tidak dapat mengelak pengeluaran ini.
SUMBER : Harian Metro & Berita Harian