Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023 Diumumkan
Tarikh Bayaran BTR. Berita baik buat rakyat Malaysia kerana pihak kerajaan telah mengumumkan akan meneruskan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) yang dilaksanakan kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 disalur bermula bulan hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia akan memberi manfaat kepada hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.
Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini akan memberi manfaat kepada penerima setiap isi rumah dan kategori bujang yang berkelayakan. Bantuan Tunai Rakyat yang dilaksanakan sebelum ini akan diteruskan dengan bayaran fasa satu disalurkan awal iaitu Januari 2023 dan bukan pada Mac seperti yang diumumkan sebelum ini.
Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut kadar dan tarikh bayaran Bantuan Tunai Rakyat.
KADAR BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) 2023
Kerajaan telah mengumumkan kadar Bantuan Tunai Rakyat (BTR) tahun 2023 seperti yang berikut:
- Ketua Isi Rumah : RM300
- Bujang : RM100
Baca Juga:
- Bantuan Khas Kewangan RM700 & RM350 Untuk Rakyat Malaysia
- Bantuan Tunai Rakyat RM300 Disalurkan Januari Ini
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT (BTR) 2023
Kerajaan akan menyalurkan tarikh bayaran BTR Fasa 1 pada:
- Fasa 1 : Januari 2023
Perdana Menteri telah memaklumkan mengambil pertimbangan untuk menyegerakan agihan bantuan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama di negeri Terengganu dan Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir.
Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 tidak diumumkan secara terpeinci.
SUMBER : HMetro