Takwim Sekolah 2023 / 2024 KPM & Cuti Penggal Persekolahan
Akademik Sesi 2023/2024. Untuk makluman semua, takwim persekolahan dikekalkan dengan sesi persekolahan bermula MAC – kerana keperluan mencukupkan 190 hari wajib sekolah dan memahami kesukaran pelajar SPM menghadapi peperiksaan musim banjir.
Terkini, KPM memaklumkan bahawa Sesi Persekolahan 2023 akan bermula lewat seminggu iaitu 19/20 Mac berbanding yang tertera dalam takwim edaran sebelum ni (12/13 Mac) – untuk kelancaran pengoperasian SPM.
Berikut dikongsikan takwim terkini untuk rujukan semua pihak.
Takwim Akademik Sesi 2023/2024 & Cuti Penggal Sekolah KPM
Ketetapan baharu KPM bagi permulaan hari persekolahan untuk Sesi 2023 / 2024 adalah seperti berikut:
- Kump A akan mula bersekolah: 19 Mac 2023
- Kump B akan mula bersekolah: 20 Mac 2023
Tarikh baharu ini adalah berdasarkan Kenyataan Media KPM bertarikh 10 Disember 2022.
NOTA:
- Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan
KALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN A)
KALENDAR AKADEMIK SESI 2023 / 2024 (KUMPULAN B)
CUTI PERAYAAN SESI 2023 / 2024
Baca Juga:
- Jawatan Kosong PTPTN Disember 2022 – Mohon Sekarang!
- Tuntutan Petisyen Pengeluaran KWSP 2.0 Dalam Bajet 2023 – Tuntutan Pengeluaran Kali Terakhir!
RINGKASAN
Penggal 1 : 20 Mac 2023 – 21 April 2023
Cuti Raya Aidilfitri 2023 : 20 April 2023 (Khamis) – 30 April 2023 (Ahad) 11 Hari
Sambung Penggal 1 : 1 Mei 2023 – 26 Mei 2023
Cuti Penggal 1 : 27 Mei – 4 Jun 2023 (Hari Gawai)
Penggal 2 : 5 Jun 2023 – 25 Ogos 2023
Cuti Raya Haji 2023 : 28-30 Jun 2023 (Rabu, Khamis, Jumaat Sabtu, Ahad) 5 hari
Cuti Penggal 2 : 26 Ogos 2023 – 3 September 2023
Penggal 3 : 4 September 2023 – 15 Disember 2023
Cuti Penggal 3 : 16 Disember – 1 Januari 2024
Sambung Penggal 3 : 2 Januari 2024 – 9 Februari 2024
Cuti Penggal Akhir Persekolahan : 10 Februari 2024 – Mac 2024
NOTA:
- Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu
- Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan
Berikut dilampirkan kenyataan media oleh KPM berhubung penangguhan pembukaan sekolah bagi sesi persekolahan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 yang dijadualkan bermula pada 12 Mac dan 13 Mac 2023 sebelum ini.
Kenyataan media berkaitan Kalendar Akademik Sesi 2023/2024.
Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh dimuat turun melalui laman sesawang KPM di pautan www.moe.gov.my/takwim.