Bantuan Khas RM600 Untuk Individu Bujang Tahun 2022
Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha gigih untuk membantu pelbagai golongan rakyat dengan memberi bantuan terutamanya golongan fakir miskin dan B40. Kerajaan akan terus memacu pembaharuan dalam memastikan keperluan dan memudahkan urusan rakyat dari semasa ke semasa.
Bantuan Tahun 2022
Bagi tahun 2022, kerajaan melalui peruntukan Bajet 2022 telah memperkenalkan pelbagai skim bantuan dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Antara bantuan yang diberi perhatian oleh kerajaan ialah golongan bujang. Ikuti perkembangan lanjut bantuan kepada kumpulan bujang di bawah.
Bantuan RM600 Untuk Individu Bujang Bagi Tahun 2022
Kerajaan Malaysia menerusi pembentangan bajet 2022 telah memperkenalkan skim bantuan berbentuk bantuan kewangan kepada golongan bujang. Bantuan tersebut dikenali sebagai “Bantuan Keluarga Malaysia” atau BKM.
Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM merupakan bantuan yang diwujudkan untuk membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah atau golongan B40.
Baca Juga:
- Bantuan RM900 Satu Keluarga Dikreditkan Hari Ini
- TERKINI : Pengeluaran Khas KWSP Melalui Akaun 2 Dibenarkan
Jumlah Bantuan Golongan Bujang
Di bawah dikongsikan perkongsian Bantuan Keluarga Malaysia kepada anda, untuk mengetahui lebih lanjut, syarat dan proses pemberian boleh anda rujuk di bawah.
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh bujang adalah seperti berikut:
– Bujang/Tiada Pasangan Individu Warga Emas berumur 60 tahun ke atas dengan pendapatan individu RM5,000 dan ke bawah:
- RM600
– Bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah:
- RM350
Syarat Kelayakan Bantuan BKM Bujang
Syarat yang ditetapkan oleh kerajaan adalah berdasarkan penilaian dari segi kehidupan individu.
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh bujang yang ingin menerima bantuan ini:
- Bagi bujang, had umur hendaklah antara 21 – 59 tahun.
- Pendapatan perseorangan hendaklah RM2,500 dan ke bawah.
- Bujang atau kehilangan ibu bapa / balu / duda yang tidak mempunyai anak yang memenuhi syarat.
Tarikh Terima Bantuan BKM Bujang
Untuk pengetahuan semua, dalam masa setahun bayaran BKM ini akan dibuat sebanyak 4 kali.
Kerajaan telah mengatur dan merancang pengagihan bantuan BKM secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan rakyat.
Justeru, telah diperkenalkan sebanyak 4 fasa akan dilalui dalam pengagihan bantuan BKM.
Fasa 1,2 dan 3 telahpun diagihkan. Kini hanya tinggal fasa 4 yang akan dilaksanakan pada bulan Disember 2022.
Bagaimana Nak Mohon BKM
Mengikut data pemohon BPR 2021, BKC B40 dan data penerima BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP, ia akan dibawa terus ke dalam sistem BKM secara automatik yang bertujuan untuk menyemak kelayakan mereka yang layak.
Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk permohonan lanjut.
Bagaimanapun, permohonan BKM baharu perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada di pihak LHDNM. Bagi penerima sedia ada yang ingin membuat sebarang perubahan maklumat, anda mesti mengemas kini dalam tempoh tertentu.