Bantuan Am RM350 Sebulan Untuk Setiap Keluarga Di Malaysia

Bantuan Am RM350

Bantuan AM RM 350 Setiap Keluarga. Tahukah anda? Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat terus menghulurkan bantuan bagi membantu meringankan beban golongan miskin. Bantuan ini adalah Bantuan Am Persekutuan.

Bantuan ini bertujuan untuk membantu menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga dengan pemberian bantuan kewangan.

Jumlah Bantuan Am Persekutuan

Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM100 sebulan seorang dan maksimum RM350 sebulan sekeluarga.

Syarat Kelayakan Permohonan Bantuan Am RM350

Syarat kelayakan permohonan adalah seperti berikut:

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia
  • Pemohon adalah golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan semua

 

Baca Juga:

Cara Membuat Permohonan Bantuan Am RM350

Cara permohonan adalah seperti berikut:

  • Hadir ke pejabat JKM yang berhampiran dengan membawa borang berkaitan dan dokumen sokongan.

Borang berkaitan:

  • Borang JKM 18 (Borang Permohonan Bantuan) – Muat Turun
  • Borang JKM 20 (Borang Kaji Semula Bantuan) – Muat Turun

Dokumen Sokongan:

  • Kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada)
  • Dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di talian 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran.