Benarkan Pengeluaran KWSP RM10,000 Sekali Lagi

PETALING JAYA: Kerajaan digesa membenarkan sekali lagi pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 pada Bajet 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Rayuan itu turut diluahkan melalui media sosial milik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Benarkan Pengeluaran KWSP RM10,000 Sekali Lagi

Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr. Mohamad Idham Md. Razak berkata, masih ramai rakyat berharap pengeluaran KWSP dibenarkan meskipun terdapat tentangan daripada segelintir pihak.

Menurutnya, kerajaan perlu memikirkan bebanan yang ditanggung rakyat selepas kenaikan OPR sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1.75 hingga ke 2.25 peratus disamping inflasi yang dihadapi sehingga membawa kepada kenaikan kos sara hidup.

“Memang sebenarnya mereka perlukan (pengeluaran one-off KWSP) sebab itu duit mereka yang bekerja dan di dalam keadaan terdesak.

“Untuk masa sekarang, mereka fikir itu alternatif untuk mereka tampung perbelanjaan.

Benarkan Pengeluaran KWSP

Baca Juga: 

Kerajaan Benarkan Pengeluaran KWSP, Isi Rumah & Rakyat Semakin Terbeban

“Sekarang inflasi meningkat dan kita lihat hutang isi rumah juga meningkat ekoran terbeban dari segi pinjaman akibat kenaikan OPR yang dikenakan pihak bank.

“Dengan pengeluaran khas ini, ia dapat menampung perbelanjaan isi rumah untuk jangka pendek.

“Di samping menggalakkan kitaran wang dalam negara kerana rakyat akan mula membeli apabila terdapat aliran tunai, seterusnya memberi kesan positif kepada pusingan kitaran ekonomi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Mohamad Idham berkata, kerajaan juga perlu mengambil inisiatif tambahan dengan mewujudkan kempen perbelanjaan berhemah menggunakan wang KWSP.

Pengeluaran Memberi Banyak Manfaat Kepada Rakyat

Sementara itu, Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul La­tiff berkata, pengeluaran one-off KWSP di dalam bajet 2023 dilihat hanya memberi manfaat besar kepada golongan T20 dan sebahagian M40.

Jelasnya, kebanyakkan pencarum B40 tidak akan menerima manfaat berkenaan lantaran data KWSP menunjukkan majoriti pencarum terutamanya bangsa Melayu tidak mempunyai simpanan mencukupi di dalam KWSP mereka.

“Kerajaan sewajarnya memberi tumpuan untuk menambah jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menjadikannya lebih berkala dan bukan secara one-off.

“Selain itu, pemberian baucar elektronik (e-baucar) di bawah kaedah muqassah kepada semua isi rumah B40 juga mampu membantu rakyat.

“Yang mana ia boleh ditukar dengan barangan keperluan asas setiap bulan.

“Peniaga akan mengumpul e-baucar ini dan menebus dengan kerajaan melalui pengurangan pembayaran cukai korporat.

“Kelebihan e-baucar berbanding bantuan tunai seperti sekarang ialah dapat memastikan bantuan tersebut tidak digunakan untuk maksud lain.

“Seterusnya, kerajaan juga tidak perlu menambah hutang untuk memberi bantuan tunai kerana menggunakan konsep muqassah,” ujarnya.

Cara Semak Baki Akaun 1 KWSP

Berikut adalah merupakan cara untuk anda melakukan semakan baki akaun 1 KWSP milik anda:

1. Sila Log Masuk ke i-Akaun di laman https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda.
3. Untuk membuat semakan baki Akaun-1 KWSP, sila terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’
4. Baki simpanan Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan dipaparkan.
5. Anda boleh cetak sekiranya dirasakan perlu.

 

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA