Semakan Rayuan BKM & Jumlah Bantuan Yang Akan Diterima
Pembayaran Fasa 3 dan semakan rayuan BKM akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.
Selain itu, difahamkan ramai pengguna sosial media ataupun rakyat Malaysia yang telah berkongsi berkaitan status rayuan BKM mereka yang LULUS dan ada juga yang mendapat amaun tambahan setelah membuat rayuan.
Lulus Rayuan BKM
Untuk pengetahuan anda, berikut adalah merupakan segala maklumat lengkap berkaitan dengan lulus rayuan BKM:
Alhamdulillah, terdapat beberapa individu yang telah melakukan permohonan rayuan dan telah diluluskan beserta amaun tambahan. Rujuk di bawah ini.
Baca Juga:
- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM900 Dikreditkan Bermula Hari Ini ~ Semak Sekarang!
- Bayaran BKM Tambahan RM500 Telah Dikreditkan Hari Ini
Namun, terdapat juga beberapa individu yang telah melakukan permohonan rayuan tetapi permohonan rayuan mereka telah gagal dan tidak diluluskan. Boleh rujuk di bawah ini.
Cara Semak Status Rayuan BKM
Anda boleh membuat semakan status kelulusan Rayuan BKM 2022 seperti berikut:
- Portal Rasmi BKM (https://bkm.hasil.gov.my)
- Klik Log Masuk BKM
- Masukkan Nombor MyKad
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Klik Menu Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan
- Status Permohonan
- Lulus
- Tidak Lulus
- Maklumat Bayaran (Jika ada)
- Talian Hotline BKK 1-800-88-2747
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran rayuan BKM, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my