PM Umum Bayaran BKM Fasa 3 Dikreditkan Bermula Esok
Pembayaran Fasa 3 dan rayuan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 20 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 27 September.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran berjumlah RM2.2 bilion itu akan memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima.
Penerima BKM terdiri daripada kategori isi rumah, warga emas bujang atau tiada pasangan dan bujang serta mereka yang telah lulus rayuan BKM.
Menurut beliau, kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan seluruh Keluarga Malaysia terutama ketika negara berdepan cabaran kenaikan inflasi dan krisis geopolitik yang memberi kesan menyeluruh terhadap rantaian global.
Tarikh Bayaran BKM Fasa 3
Menurut Perdana Menteri, sehingga September ini, sebanyak RM5.9 bilion telah disalurkan kepada penerima BKM melalui fasa pembayaran yang telah ditetapkan.
Di samping itu, masih terdapat bayaran Fasa 4 berjumlah RM2.1 bilion yang akan disalurkan kepada mereka yang layak pada Disember 2022.
Semakan status pembayaran boleh dibuat mulai 20 September melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my.
Baca Juga:
- BKM Bujang Fasa 3 Dikreditkan Bermula Hari Ini ~ Semak Sekarang!
- Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) RM900 Dikreditkan Bermula Hari Ini ~ Semak Sekarang!
Cara Semak Status Bayaran BKM Fasa 3
Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:
- Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
- Klik Semakan Status
- Paparan kelayakan akan ditunjukkan
- Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my