Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Isi Rumah Fasa 3 ~ Semak Sekarang!

Bantuan Keluarga Malaysia

Makluman khas yang diterima dari LHDN, tarikh bayaran BKM Fasa 3 akan dikreditkan bermula September ini. Pengkreditan ini merangkumi beberapa kategori termasuk golongan bujang, isi rumah serta warga emas.

Pada entri kali ini kami akan berkongsi berkenaan cara melakukan semakan kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori serta jadual pembayaran.

Jadual & Tarikh Bayaran BKM

Fasa 1

  • Bayaran dikreditkan bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN

Fasa 2

  • Bayaran dikreditkan bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan bayaran tunai di cawangan BSN

BKM Fasa 3

  • Bayaran dikreditkan bermula September 2022

Fasa 4

  • Bayaran dikreditkan bermula pada Disember 2022.

Bantuan Keluarga Malaysia

Baca Juga: 

Tarikh & Jadual Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3

Bantuan Keluarga Malaysia

 

 

 

Semakan Status Tarikh Bayaran BKM

Berikut adalah cara untuk membuat semakan BKM:

  • Log masuk ke bkm.hasil.gov.my
  • Klik Semakan Status
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Notis (LHDN)

LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM, anda boleh layari bkm.hasil.gov.my

Pengenalan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Kerajaan pada Tahun 2021 memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) melalui Belanjawan 2022 dengan bantuan tunai tertinggi iaitu sebanyak RM2,000 dalam usaha mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan berikutan pandemik COVID-19.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dalam satu kenyataan berkata BKM dengan peruntukan sekitar RM8.2 bilion, dapat memanfaatkan sekitar 9.6 juta penerima melibatkan isi rumah memiliki tiga anak dan lebih, selain purata pendapatan bulanan di bawah RM2,500 sebulan.