Bantuan RM700 Secara Automatik Telah Disalurkan Bermula Hari Ini ~ Semak Sekarang!
Tahukah anda, bermula pada bulan Ogos 2022 terdapat satu bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu melakukan sebarang permohonan iaitu bantuan MySalam. Bantuan MySalam adalah merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan yang berpendapatan rendah melalui Dana Amanah MySalam.
Skim ini adalah bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan secara normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan serta penyakit yang dihidap.
Manfaat Bantuan RM700 Secara Automatik
Berikut adalah dikongsikan manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak adalah seperti yang berikut:
- Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
- Menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau bantuan RM700 secara automatik setahun.
Berita baik buat seluruh rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada para penerima BKM yang layak bermula pada tahun 2022.
Baca Juga:
- Bantuan BKM Tambahan RM500 Dikreditkan Bermula Hari Ini
- Bantuan RM700 Secara Automatik Untuk Penerima BKM 2022
Syarat Kelayakan Bantuan RM700 Secara Automatik
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum melakukan sebarang permohonan:
- Individu yang berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dan pasangan.
- Individu berumur antara 40 tahun sehingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
- Individu OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.
Cara Menebus Bantuan MySalam
Terdapat beberapa cara untuk menebus bantuan RM700 secara automatik MySalam:
- Penerima BSH/BPR akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
- Semakan boleh dilakukan menerusi pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Semua penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi sistem SMS
- Tetapi jika anda layak namun tidak menerima SMS, anda boleh menghantar emel di [email protected] atau hubungi talian 1-300-888-938
Senarai Penyakit Yang Boleh Menuntut MySalam
Berikut adalah merupakan senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda untuk menebus bantuan MySalam:
- Meningitis Bakteria
- Alzheimer / Demensia teruk
- Kanser
- Pembedahan Otak
- Koma
- AIDS Gejala Penuh
- Serangan Jantung
- Jangkitan HIV
- Stroke / Angin Ahmar
- Dan penyakit-penyakit kritikal yang lain – boleh rujuk DI SINI