Bantuan Kewangan RM700 Secara Automatik Telah Dikreditkan Kepada Penerima BKM ~ Semak Sekarang!
Tahukah anda, bermula pada Ogos 2022 terdapat satu bantuan yang boleh anda terima secara automatik tanpa perlu melakukan sebarang permohonan. Bantuan MySalam adalah merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang menyediakan perlindungan takaful untuk golongan berpendapatan rendah menerusi Dana Amanah MySalam.
Skim ini adalah bertujuan untuk membantu memudahkan kehidupan merteka yang berpendapatan rendah untuk menjalani kehidupan secara normal apabila berhadapan dengan cabaran kewangan serta penyakit yang dihidap.
Manfaat Bantuan MySalam
Berikut dikongsikan beberapa manfaat yang bakal diterima oleh para pemohon yang layak memohon bantuan MySalam:
- Individu pemohon bakal menerima bayaran RM8,000 yang akan diagihkan bermula pada bulan Ogos ini.
- Individu pemohon bakal menerima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun pada kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
Berita baik untuk seluruh rakyat Malaysia kerana Skim Perlindungan MySalam bakal diperluaskan kepada para penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak bermula pada tahun 2022.
Syarat Kelayakan Bantuan MySalam
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan bantuan MySalam yang perlu anda ketahui sebelum melakukan sebarang permohonan:
- Individu yang berumur antara 18 tahun hingga 65 tahun dan pasangan.
- Individu yang berumur antara 40 tahun hingga 65 tahun dan pendapatan tahunan kurang RM24,000.
- Individu OKU berumur antara 18 tahun sehingga 65 tahun dengan berpendapatan RM24,000 setahun.
Cara Menebus Bantuan MySalam
Berikut adalah dikongsikan cara untuk menebus bantuan RM700 MySalam:
- Penerima BSH/BPR akan secara automatik layak, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
- Semakan boleh dilakukan melalui pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
- Semua para penerima yang layak akan dimaklumkan menerusi sistem SMS.
- Tetapi jika anda layak namun tidak menerima sebarang bentuk SMS, anda boleh menghantar emel di [email protected] atau hubungi terus talian 1-300-888-938
Senarai Penyakit Yang Boleh Menuntut Bantuan MySalam
Berikut adalah merupakan senarai penyakit yang membolehkan anda ataupun keluarga anda untuk menebus bantuan MySalam:
- Meningitis Bakteria
- ALzheimer / Demensia Teruk
- Kanser
- Pembedahan Otak
- Koma
- AIDS Gejala Penuh
- Serangan Jantung
- Jangkitan HIV
- Stroke / Angin Ahmar
- Serta penyakit-penyakit kritikal yang lain – boleh rujuk DI SINI